from heart t0 heartzzz ^^

Wednesday 6 February 2013

10 'K' dlm PERSAHABATAN

beberapa tips untuk pembaca pembina persahabatan yg murni :)

<< 10 k dlm persahabatan >>

KECINTAAN
elemen yg paling penting  dlm sesebuah persahabatan.
ikatan persahabatn akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan 
yg disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri
iaitu ALLAH s.w.t
0leh itu, kita perlu meluahkan rasa cinta
terhadap sahabat dgn mengungkap ' uhibbuka atau i fillah '
( bgi sahabat yg sama jantina )
agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana ALLAH :)

KASIH SAYANG
lebih kurang sama maksudnya dgn kecintaan, namun setalah kita mencintai sahabat.
kita perlu curahkan kasih sayang kita terhadap mereka.
tetapi, kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. 
cukuplahh sekadar kita mendoakan untuk sahabat2 kita .
in shaa ALLAH, 
itu sudah cukup membuktikan 
betapa sayangnya kita terhadap mereka :)

KEIKHLASAN 
dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan & rahmat illahi :D
tidak ikhlas ketika bersahabat akan mengundang permusuhan antara sahabat.
bersahabatlaaaaaa
dgn seseorang kerana keluhuran hati budinya :)
bukan kerana rupa . pangkat dan harta yg dimilikinya :P

KESETIAAN
setia pada seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan 
walaupun jarang bertemu .
apabila kita setia terhadap sahabat 
kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka.
ini kerana tidak kira susah atau senang .
kita setia berada disisinya memberi sok0ngan :)

KEBERANIAN 
berani dlm berkata benar.
dlm persahabatan, kita hendaklahh berani apabila ingin mengatakan sesuatu.
lebih-lebih lagiii.
apabila telah melakukan sesuatu yg menyakiti hatinyaa ;)
kene berani mengaku atas kesilapan yg di lakukan .
kita juga kene berani menasihati sahabat kita 
ini kerana, sebagai sahabat , kita mesti mahukan yg terbaikkkkk
untuk mereka bukan ????

KEJUJURAN 
jangan sesekali menipu atau menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan sahabat kita .
mereka perlu tahu apa yg kita lalui dlm 
kehidupan kitaa =)
jangan berahsia !!!!
melainkan pada perkara yg benar2 perlu 
di rahsiakan C:

KEMAAFAN  
sekiranya sahabat kita melakukan kesilapan.
bersedialahhh untuk memaafkannya :)
tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kitaa .
ini kerana , sahabat yg baik sahabat yg sedia memaafkan sahabatnya
begitu jugaa sebaliknya ;D

KESEDIHAN
apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedih.
maka ikutlahh sedih bersama2 dgn mereka.
tawarkan bahu kita 
untuk dijadikan tadahan air mata mereka .
mungkin ketika itu .
tiada siapa yg akan mereka cari . selain kitaa sahabat mereka :)

KEGEMBIRAAN 
jika kita gembira, maka berkongsilahh kegembiraan itu bersama2 sahabat tercinta ..
tidak mahukah kita bergelak ketawa dgn mereka ????
tidak mahukah kita melihat ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka ???
kegembiraan kita .
bermakna kegembiraan mereka jugaaa :)

KESERASIAN 
disini bukan bermaksud 'kau cantik aku mesti cantik'
atau ' kau kaya aku pun kene kaya '
tidak sama sekali !!!!!
sememangnya manusia dijadikan Allah berbeza2 ..
namun, dalam persahabatan .
keserasian dpt di wujudkan apabila terbinanya .
persafahaman antara dua pihak ;)

sahabat kerana Allah. 
in shaa ALLAH hingga ke JANNAH !!!

http://youtu.be/JCHaB3zNxyQ

from heart t0 heart...
peace !!


No comments:

Post a Comment